Selamat Datang



23 May 2011

Sejarah Pembinaan Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah

Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah pada dahulunya dikenali sebagai Masjid Taman Sri Rampai. Projek yang telah menelan belanja RM 2,125,625.00 ini mula dibina pada 27 Januari 1986 oleh Jabatan Kerjaraya Wilayah Persekutuan dan siap pada 24 April 1987. Masjid ini dibina oleh kerana bertambah pesat projek perumahan dan kedai di sekitar Taman Sri Rampai. Oleh yang demikian masjid ini dibina bagi menampung pertambahan jemaah yanga mana sebelum ini menunaikan solat fardhu dan solat Jumaat di Surau Taman Setapak Jaya dan Surau Taman Sri Rampai yang hanya dapat menampung kira-kira 500 orang jemaah dalam satu masa. Maka atas dasar itulah penduduk Taman Sri Rampai dengan diketuai oleh Y.Bhg Dato’ Md Daud bin Che Ngah bersama beberapa penduduk sekitar telah merencanakan pembinaan masjid ini menjadi kenyataan.

Maka terbinalah masjid ini diatas tapak tanah seluas 3 ekar yang merangkumi bangunan masjid, sekolah rendah agama dan kuarters kakitangan. Setelah mengalami beberapa tranformasi penambahbaikkan maka Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah sekarang telah mempunyai ruang pejabat, bilik urusan jenezah, dewan mesyuarat, bilik imam/bilal dan bangunan kedai yang telah menjadikan fungsi masjid ini bersifat lebih global bukan hanya tempat untuk bersolat sahaja. Masjid ini juga dapat menampung jemaah kira-kira 2,500 orang dalam satu masa.

Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Mutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail pada 31 Januari 1989 bersamaan dengan 23 Jamadil Akhir 1409H.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah
Jalan 1/26 Taman Sri Rampai
53300 Setapak, Kuala Lumpur

Tel/Fax:03-40226811
email:masjidabuubaidah@gmail.com
ubaidah_@streamyx.com