Selamat Datang



23 May 2011

Sejarah Pembinaan Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah

Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah pada dahulunya dikenali sebagai Masjid Taman Sri Rampai. Projek yang telah menelan belanja RM 2,125,625.00 ini mula dibina pada 27 Januari 1986 oleh Jabatan Kerjaraya Wilayah Persekutuan dan siap pada 24 April 1987. Masjid ini dibina oleh kerana bertambah pesat projek perumahan dan kedai di sekitar Taman Sri Rampai. Oleh yang demikian masjid ini dibina bagi menampung pertambahan jemaah yanga mana sebelum ini menunaikan solat fardhu dan solat Jumaat di Surau Taman Setapak Jaya dan Surau Taman Sri Rampai yang hanya dapat menampung kira-kira 500 orang jemaah dalam satu masa. Maka atas dasar itulah penduduk Taman Sri Rampai dengan diketuai oleh Y.Bhg Dato’ Md Daud bin Che Ngah bersama beberapa penduduk sekitar telah merencanakan pembinaan masjid ini menjadi kenyataan.

Maka terbinalah masjid ini diatas tapak tanah seluas 3 ekar yang merangkumi bangunan masjid, sekolah rendah agama dan kuarters kakitangan. Setelah mengalami beberapa tranformasi penambahbaikkan maka Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah sekarang telah mempunyai ruang pejabat, bilik urusan jenezah, dewan mesyuarat, bilik imam/bilal dan bangunan kedai yang telah menjadikan fungsi masjid ini bersifat lebih global bukan hanya tempat untuk bersolat sahaja. Masjid ini juga dapat menampung jemaah kira-kira 2,500 orang dalam satu masa.

Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Mutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail pada 31 Januari 1989 bersamaan dengan 23 Jamadil Akhir 1409H.

KULIAH MAGHRIB

Tarikh : 30 Mei 2011 ISNIN
Oleh : Ustaz Mohd Taufik Bin Kamaludin Al-Hafiz (Ketua Imam Masjid Abu Ubaidah)
Pengajian Ilmu Al-Quran & Tafsir

Tarikh : 31 Mei 2011 SELASA
TIADA KULIAHLink
Tarikh : 01 Jun 2011 RABU
Oleh : Ustaz Azman Ahmad
Kitab Tarbiatul Aulad (Pendidikan Anak²)

Tarikh : 02 Jun 2011 KHAMIS
BACAAN YASSIN & TAHLIL

Tarikh : 03 Jun 2011 JUMAAT
Oleh : Ustaz Rohaily Bin Abdul Hamid (Ketua Imam Masjid Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati)
Pengajian Kisah Nabi² & Para Sahabah

Tarikh : 04 Jun 2011 SABTU
Oleh : Ustaz Hj Zakariah Isa (Imam Besar Masjid Wilayah Jalan Duta)
Pengajian Umum (Isu² Semasa)

Tarikh : 05 Jun 2011 AHAD
Oleh : Ustaz Hj Rusli Kadir (Imam 2 Masjid Abu Ubaidah)
Kitab Bimbingan Mukminin

Tarikh : 06 Jun 2011 ISNIN
Oleh : Ustaz Mohd Taufik Bin Kamaludin Al-Hafiz (Ketua Imam Masjid Abu Ubaidah)
Pengajian Ilmu Al-Quran & Tafsir

Tarikh : 07 Jun 2011 SELASA
Oleh : Ustaz Zulkapili Al-Hafiz (Imam 1 Masjid As-Syakirin KLCC)
Pengajian Asas Fardhu Ain

Tarikh : 08 Jun 2011 RABU
Oleh : Ustaz Mokhtar Isa (Imam Masjid UTM Semarak)
Kitab Misbahul Munir (Tauhid)

Tarikh : 09 Jun 2011 KHAMIS
BACAAN YASSIN & TAHLIL

Tarikh : 10 Jun 2011 JUMAAT
Oleh : Ustaz Syed Abdullah (Pegawai JAKIM)
Pengajian Fiqh Faraid (Pembahagian Harta Syarak)

Tarikh : 11 Jun 2011 SABTU
Oleh : Ustaz Syapol Ma'arof (Ketua Imam Masjid Az-Zakirin Taman Wilayah Selayang)
Pengajian Mustika Hadith

Tarikh : 12 Jun 2011 AHAD
Oleh : Ustaz Mohd Abdul Nasir (Ketua Imam Masjid As-Syakirin KLCC)
Pengajian Umum

Tarikh : 13 Jun 2011 ISNIN
Oleh : Ustaz Mohd Taufik Bin Kamaludin Al-Hafiz (Ketua Imam Masjid Abu Ubaidah)
Pengajian Ilmu Al-Quran & Tafsir

Tarikh : 14 Jun 2011 SELASA
Oleh : Ustaz Shahrizan Bin Daud (Mentor Imam Muda Musim Pertama)
Pengajian Qashosul Quran (Kisah² Dalam Al-Quran)

Tarikh : 15 Jun 2011 RABU
Oleh : Ustaz Azman Ahmad
Kitab Tarbiatul Aulad (Pendidikan Anak²)

Tarikh : 16 Jun 2011 KHAMIS
BACAAN YASSIN & TAHLIL

Tarikh : 17 Jun 2011 JUMAAT
Oleh : Ustaz Rohaily Bin Abdul Hamid (Ketua Imam Masjid Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati)
Pengajian Kisah Nabi² & Para Sahabah

Tarikh : 18 Jun 2011 SABTU
Oleh : Ustaz Hj Zakariah Isa (Imam Besar Masjid Wilayah Jalan Duta)
Pengajian Umum (Isu² Semasa)

Tarikh : 19 Jun 2011 AHAD
Oleh : Ustaz Kasyfun Mazir
Pengajian Sirah Para Anbiya' & Sahabah

TAZKIRAH JUMAAT

SETIAP HARI JUMAAT
(30 minit sebelum azan)

MINGGU PERTAMA
Ustaz Che Zawari Bin Che Ali Al-Hafiz
Mutawif Haji/Umrah

MINGGU KE DUA
Ustaz Mejor Daud Bin Mohd Salleh
Pensyarah UTNM (KAGAT)

MINGGU KE TIGA
Ustaz Yusri Bin Mohamad
Pegawai KAGAT

MINGGU KE EMPAT
Ustaz Azhar Bin Yahya
Pendakwah Bebas

PROGRAM PEMBANGUNAN MASJID

KEPADA MANA-MANA INDIVIDU ATAU PERTUBUHAN/SYARIKAT YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA-SAMA MEMBANGUNKAN MASJID SERTA MENCERIAKAN MASJID BOLEH LAH MENYALURKAN BANTUAN KEPADA

USTAZ MOHD TAUFIK BIN KAMALUDIN
KETUA IMAM MASJID ABU UBAIDAH AL-JARRAH
013-2233588

ATAU

Bank in terus ke akaun BIMB Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah
1211 3010 0364 37

ANTARA CADANGAN UNTUK PEMBANGUNAN MASJID
1. MENUKAR KARPET DEWAN SOLAT BARU
2. MENAIK TARAF MIHRAB MASJID
3. MENAIK TARAF KAKI LIMA MASJID
4. MENAIK TARAF TANDAS & BILIK WUDUK
5. MEMBUAT TEMPAT PARKIR MOTOR

KOS ANGGARAN KESELURUHAN
RM 250 000.00

Hubungi Kami

Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah
Jalan 1/26 Taman Sri Rampai
53300 Setapak, Kuala Lumpur

Tel/Fax:03-40226811
email:masjidabuubaidah@gmail.com
ubaidah_@streamyx.com